Saturday, March 23, 2019

Hari Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM & STPM

Majlis Penyampaian Anugerah Kepada Pelajar Cemerlang serta Penyampaian Hadiah

Hari              :  Sabtu
Tarikh           :  23 Mac 2019
Waktu          :  7.40 Pagi sehingga 12.25 Tengahari
Tempat         :   Dewan Terbuka SMKM (Perkarangan Bangunan Baru)
Dirasmikan   :   YB Tuan Haji Anuar Bin Mohd Tahir  Selaku  Ahli Parlimen Temerloh

Pada hari Sabtu bersamaan 23 Mac 2019 telah diadakan Hari Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang memperolehi Keputusan Positif dalam Peperiksaan Awal tahun untuk tingkatan satu dan dua manakala Pelajar Tingkatan Tiga untuk yang percubaan bagi peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 dan Tingkatan Empat dan Lima untuk mereka yang memperolehi keputusan cemerlang dalam percubaan SPM serta yang telah mengakhiri peperiksaan PT3 dan SPM turut diberi pengikhtirafan untuk memperolehi status pelajar cemerlang PT3 dan juga peperiksaan SPM untuk tahun 2017 dan 2018. Manakala bagi pelajar Tingkatan Enam turut diberi pengikhtirafan sebagai status pelajar cemerlang STPM dan MUET.   Penyampaian hadiah kepada ahli PIBG yang telah dipilih dan juga kepada sesiapa yang memperolehi panggilan nombor cabutan bertuah yang dicabut oleh GPK Pentadbiran iaitu En. Sahime Bin Musa. Perjalanan program anugerah kecemerlangan ini juga turut diserikan dengan persembahan silat sebagai menyambut ketibaan tetamu serta ketibaan VIP iaitu YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir serta ketibaan Tuan Pengetua En. Khairul Arifin Bin Mat Yit, ketibaan  dif dif jemputan serta semua para tetamu yang hadir sekitar awal pagi tersebut. Seterusnya ketibaan masuk ke dewan terbuka turut di iringi dengan nyanyian lagu Kebangsaan serta bacaan doa pembuka majlis yang disampaikan oleh Ustaz Amirul sekitar pagi tersebut. Majlis pembukaan turut diserikan dengan persembahan murid perempuan tingkatan satu dan tingkatan dua iaitu persembahan berkaitan dengan tarian dan kebudayaan.
















































Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar SMKM dan Bekas Pelajar SMKM 















































































































Penerima Hadiah untuk cabutan bertuah.....  

































Penyampaian Cenderamata kepada YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir 






No comments:

Post a Comment