Sunday, May 26, 2019

Lawatan YB Tn Haji Mohd Anuar Bin Haji Mohd Tahir ke SMKM

Menyambut Ketibaan YB Tn. Haji Mohd Anuar Bin Haji Mohd Tahir selaku Ahli Parlimen Temerloh Merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia

Pada hari Jumaat 24 Mei 2019 sekitar jam 2.50 Tengahari suatu lawatan yang didatangi oleh rombongan jemaah menteri dan anggota perwakilan dari Jabatan Kerja Raya yang hadir bersama YB Tn Haji Mohd Anuar sendiri ke SMKM untuk memantau dan melihat sendiri bahagian bangunan yang rosak dengan bumbung bocor teruk berikutan ribut yang pernah berlaku 2 tahun lalu. Bangunan yang rosak tersebut adalah Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik jahitan, bengkel pembuatan perabot, bengkel enjin, dan bilik patisari serta bahagian bangunan yang turut terlibat dalam menghadapi kerosakkan teruk tersebut. YB Tn Haji bersama dengan Tuan Pengetua, GPK HEM dan GPK Kokurikulum, Guru Panatia Kemahiran Hidup, Guru Aset  serta guru-guru dan staf sokongan yang hadir bersama dalam turut serta kepada lawatan dan pemantauan yang dibuat oleh YB dan jabatan beliau di bangunan yang berhampiran dengan tapak perhimpunan sekolah tersebut. Selepas pemantauan selesai dibuat seterusnya sesi mesyuarat bersama Tuan Pengetua, GPK HEM, GPK Kokurikulum sera semua guru dan kakitangan sokongan yang hadir dibuat dengan jayanya di bilik gerakan yang membentangkan persetujuan dan peruntukkan kewangan yang dibawakan kepada perbincangan dalam tentatif mesyuarat di bilik gerakan sekitar lewat waktu tengahari tersebut.  




Program Ihya Ramadhan & Imarah Bakal Ketibaan Syawal

Taklimat Sempena Program Ihya Ramadhan & Imarah Kehadiran Syawal SMKM 2019 

Hari               :   Jumaat
Tarikh            :    24 Mei 2019
Waktu            :   Bermula 7.55 Pagi sehingga 8.40 Pagi
Tentatif          :   Solat Sunat Dhuha, Bacaan Surah Yassin Sempena Kemangkatan Ayahanda Sultan serta Tazkirah dari Cikgu Alias Bin Abu Bakar berkaitan dengan Ihya Ramadhan & Ketibaan Syawal
Bertempat      :   Surau Baru SMKM
Penyampai     :   Cikgu Alias, Ustaz Burhanuddin Said dan Ustaz Amirul. 












Thursday, May 16, 2019

Sambutan Jamuan Berbuka Puasa SMKM 2019

Majlis Jamuan Berbuka Puasa dan Program Solat Sunat Tarawikh 
إفطارون المفتوح المدراسة   

Hari               :   Khamis 
Tarikh            :  16 Mei  2019 
Waktu            :   6.40  Petang  sehingga 10.20 Malam 
Bertempat      :   Dewan Terbuka  SMKM  Bangunan Baru Tingkat Bawah  Berhampiran Surau Baru




Sambutan Jamuan berbuka puasa yang bermula dengan hidangan nasi Biriyani, nasi putih serta lauk ayam gulai serta ayam masak merah dan pelbagai hidangan lain seperti sayur campur, arca dan menu lain iaitu spagetthi.  Selepas selesai jamuan berbuka puasa,  solat sunat tarawikh telah diadakan di Surau Baru SMKM yang diimamkan oleh Ustaz Burhannudin dan Ustaz Amirul.  Bacaan untuk pembuka solat sunat tarawikh dibacakan oleh Cikgu Mohamad Amir selaku bilal solat sunat tarawikh pada malam Jumaat tersebut.    

Wednesday, May 15, 2019

Penyampaian Taklimat & Orientasi Pelajar Tingkatan 6

Hari Penyampaian Taklimat & Orientasi Kemasukkan Pelajar Tingkatan Enam Bawah   

Hari                :   Rabu
Tarikh             :   15  Mei  2019  
Waktu            :    8.32  Pagi  sehingga  12.40  Tengahari
Bertempat      :     Dewan Utama SMKM
Tentatif          :     Pengenalan kepada pelajar form 6 berkaitan dengan pengajian selama dua tahun dan
                           penyampaian sukatan pelajaran form 6