Sunday, May 26, 2019

Lawatan YB Tn Haji Mohd Anuar Bin Haji Mohd Tahir ke SMKM

Menyambut Ketibaan YB Tn. Haji Mohd Anuar Bin Haji Mohd Tahir selaku Ahli Parlimen Temerloh Merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia

Pada hari Jumaat 24 Mei 2019 sekitar jam 2.50 Tengahari suatu lawatan yang didatangi oleh rombongan jemaah menteri dan anggota perwakilan dari Jabatan Kerja Raya yang hadir bersama YB Tn Haji Mohd Anuar sendiri ke SMKM untuk memantau dan melihat sendiri bahagian bangunan yang rosak dengan bumbung bocor teruk berikutan ribut yang pernah berlaku 2 tahun lalu. Bangunan yang rosak tersebut adalah Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik jahitan, bengkel pembuatan perabot, bengkel enjin, dan bilik patisari serta bahagian bangunan yang turut terlibat dalam menghadapi kerosakkan teruk tersebut. YB Tn Haji bersama dengan Tuan Pengetua, GPK HEM dan GPK Kokurikulum, Guru Panatia Kemahiran Hidup, Guru Aset  serta guru-guru dan staf sokongan yang hadir bersama dalam turut serta kepada lawatan dan pemantauan yang dibuat oleh YB dan jabatan beliau di bangunan yang berhampiran dengan tapak perhimpunan sekolah tersebut. Selepas pemantauan selesai dibuat seterusnya sesi mesyuarat bersama Tuan Pengetua, GPK HEM, GPK Kokurikulum sera semua guru dan kakitangan sokongan yang hadir dibuat dengan jayanya di bilik gerakan yang membentangkan persetujuan dan peruntukkan kewangan yang dibawakan kepada perbincangan dalam tentatif mesyuarat di bilik gerakan sekitar lewat waktu tengahari tersebut.  




No comments:

Post a Comment